E-Hot Xtra
oleh Scarlett Wolsey | Dikemaskini pada 01/03/2012 11:23:00

Akhbar Berita Harian hari ini memaparkan pelakon, Liyana Jasmay yang akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka pilihan hatinya. Liyana akhirnya mengaku bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan yg berusia 28 tahun, Fathuddin Mazlan pada bulan depan.
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM itu sebelum ini sering digosipkan bercinta dengan pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dan penyanyi lagu Sungai Lui, Aizat.
Liyana yang akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan biarpun sudah berkahwin kelak, kini sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janji untuk slot Akasia TV3.