E-Hot Xtra

MOJO - ‘Super-Band’ terbaru drpd KRU Music

oleh Scarlett Wolsey | Dikemaskini pada


 

 

 

 

 

 

Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti.

 

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Deny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.


MOJO bakal memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin.


MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul ”Andai Ku Bercinta Lagi”.
 

Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.


Semoga kehadiran MOJO mampu memberi aura yang berbeza dan mempelbagaikan genre muzik Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com

- MTV MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi -

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?