E-Hot Xtra

MV Jagalah Diri - Jac

oleh Miss Kaki Gossip | Dikemaskini pada


 

"Jagalah Diri" merupakan karya Edry Abdul Halim. Bila ditemuramah ketika majlis pelancaran runut bunyi '29 Februari' pada hujung bulan Mei lalu, Edry pernah berkongsi di antara tiga buah lagu dari filem tersebut yang dipertaruhkan sebagai single - "Kelip-kelip" dan "Seperti Dulu" merupakan dua single yang lain - "Jagalah Diri" dirasakannya bakal menjadi hit kerana antara lain, ia didendangkan oleh Jaclyn Victor. Kemantapan vokal Jac tidak perlu dipertikaikan.

 

 

Meskipun filem '29 Februari' yang menampilkan Remy Ishak sebagai teraju utama hanya akan berada di pawagam pada 30 Ogos depan, tetapi anda boleh memiliki album runut bunyinya di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda pada harga RM19.90.

 

Album tersebut memuatkan 5 buah lagu, iaitu “Cahaya Mata“, nyanyian S. Masroni, “Jagalah Diri”, “Kelip-kelip” (Remy Ishak), “Seperti Dulu” (Forteen), dan lagu bonus, “Kelip-kelip” dalam versi instrumental.

'

 

29 Februari' merupakan sebuah filem bergenre “biografi fantasi” di bawah arahan Edry, dipenuhi lakonan mantap Remy yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?