E-Hot Xtra
oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada 22/05/2012 10:00:00

Sabtu lalu, pelakon Serina Redzuawan telah mengadakan majlis cukur jambul anak keduanya Isabella Saffiya yang kini berusia hampir lima bulan. Difahamkan majlis ini yang dirancang oleh ibu saudara Serina dan ia diadakan bersama sepupunya yang juga baru melahirkan anak.
Akaun Twitter Serina mengatakan dia tidak membuat sebarang persiapan kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama. Dalam masa yang sama, Serina juga menyuarakan hasrat untuk bercuti seketika bagi meluangkan masa dengan anak-anak. Selain Isabella, Serina dan pasangannya Gavin Edward O’Luanaigh mempunyai seorang putera, Tristan Tareef yang kini berusia hampir 2 tahun.