E-Hot Xtra

Marsha Temui Pengganti Baru

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

 

Baru saja enam bulan putus cinta, penyanyi, pelakon serta pengacara, Marsha Milan Londoh khabarnya sudah menemui pengganti baru. Walaupun mengakui hatinya masih terluka dek kegagalan episod cinta lepas, Marsha memberitahu tidak mahu meratapi kegagalan kisah cintanya itu dan mahu terus pandang ke hadapan bagi meneruskan kehidupannya.

 

 

“Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun sudah tiga kali gagal dalam percintaan, namun saya percaya Tuhan mahu menguji saya dan Dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk saya. Saya tidak mahu mengenang kisah silam cinta kami dan apa yang berlaku antara kami, hanya kami saja yang tahu.

 

 

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tidak dinafikan, saya tengah mengenali seseorang sejak lebih seminggu yang lalu. Kami diperkenalkan melalui kawan-kawan dan cukup untuk saya katakan, yang kami masih lagi baru hendak mengenali hati budi masing-masing,” ujar Marsha ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, baru-baru ini.

 

 

Bercerita lebih lanjut mengenai kenalan barunya itu, pengacara Propaganza ini memberitahu, “Dia hanya orang biasa dan seorang yang sangat ringkas serta sederhana. Saya selalu dikelilingi kawan-kawan Melayu dan tidak dinafikan memang saya menyukai lelaki Melayu. Saya tidak kisah jika jodoh saya kelak adalah lelaki Melayu dan jika saya dah jumpa lelaki yang serasi, saya tidak mahu tunggu lama dan terus mahu kahwin.”

 

 

Menyentuh mengenai perkembangan karier seninya, Marsha berkongsi, “Saya kini sedang sibuk mempromosi lagu baru saya, ‘Tentang Cinta’. Selain itu saya juga ada mencipta sebuah lagu berkenaan dengan kisah cinta yang kecundang berjudul, ‘Jujur Bilang Cinta’. 

 

 

“Mengenai lakonan pula, saya akan menjalani penggambaran drama 13 episod, ‘Aku Bukan Untukmu’ arahan Erma Fatima bermula 13 September ini. Dah banyak kali saya tolak tawaran berlakon di bawah arahan Kak Erma sebab saya dengar dia seorang yang garang. Namun, sudah tiba masanya saya ambil risiko dan terima tawaran ini.”

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?