E-Hot Xtra

Mentor - FINAL

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada


Hi salam sejahtera, saya Jay!

 

 

Mentor musim keenam kini tiba di penghujungnya! 3 finalis iaitu Zatul, Anas dan Caroline akan berentap merebut gelaran juara dan wang tunai RM100,000.

 

 

Zatul, protégé kepada Ogy Ahmad Daud, pada awalnya merupakan peserta bukan pilihan, namun dia tidak pernah patah semangat dan terus mencipta pencapaian cemerlang setiap minggu., sehingga bergelar finalis. Pada konsert final Ahad ini, juara Bintang Idola BErita Harian pertama, 4 tahun lalu, ini, dijadualkan berdduet dengan Ziana Zain.  Menurutnya, walaupun sedikit risau dengan persembahan akhir, Zatul nekad memberikan persembahan terbaik.

 

Seorang lagi finalis, Anas, akan menyampai 3 lagu pada konsert akhir dan sudah bersedia menampilkan persembahannya yang terbaik. Protégé kepada Faizal Tahir itu berjanji akan bangkit Ahad ini, susulan prestasinya yang agak merudum pada minggu separuh akhir yang lalu. Anas bakal berduet dengan Hazama, dan mengakui dia selesa dengan genre rock yang disifatkan dekat dengan dirinya.

 

 

Dan, Ella memilih Azlan and the Typewriter sebagai pasangan duet  protegenya, Caroline, bagi memberi peluang kepada Caroline menguasai kekuatan vokal penyanyi lelaki terbabit.  Ella juga berkata,a kan ada kejutan pada persembahan Caroline Ahad ini, termasuk dari segi rekaan prop dwifungsi di atas pentas. Prop direka bersesuaian dengan 3 lagu yang akan dipersembahankan Caroline, termasuk lagu baru ciptaan Ajai. Caroline yang merasakan dirinya serasi dengan lagu bergenre R&B dan balada, meletakkan harapan tinggi dalam persembahannya nanti.

 

 

Siapakah yang bakal bergelar juara Mentor kali ini?

Jangan lupa, saksikan konsert akhir Mentor 6 , Ahad, 10 Jun, secara langsung dari Stadium Melawati , Shah Alam, bermula jam 9 malam. Konsert akhir Mentor 6 juga boleh disaksikan secara langsung di TV3!

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?