E-Hot Xtra

Mentor Raya

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

 

Tidak lengkap rasanya sambutan hari lebaran tanpa seloka Mentor Raya.  Merupakan salah satu sajian yang sentiasa dinantikan saban tahun, Mentor Raya meneruskan tradisinya dengan menemukan kembali kesemua barisan protege dan mentor musim keenam setelah dua bulan program realiti ini melabuhkan tirainya.

 

 

Menariknya, konsert edisi khas sempena Hari Raya ini bakal menampilkan persembahan istimewa bukan saja daripada para protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, KJ dan Ana Syuhada malah daripada mentor mereka Ella, Ogy Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ferhad, Adam dan Ramlah Ram.

 

 

Antara persembahan nyanyian yang akan disajikan dalam Mentor Raya kali ini ialah dari Adam, KJ dan VIP yang akan menghiburkan penonton dengan Lagu Sedih serta Faizal Tahir dan Anas dengan lagu ‘Berita Kepada Kawan’ nyanyian asal Ebiet G Ade. Lebih istimewa, kesemua protege juga turut akan menyampaikan lagu raya berjudul, ‘Warna Warni Di AidilFitri’. Menariknya, anda juga akan dihidangkan dengan aksi lucu para protege dan mentor menerusi tiga permainan spontan.

 

 

Menurut Penerbit Eksekutif dan pengarah rancangan, Muhamad Sufian Isa, “Walaupun Mentor sudahpun melabuhkan tirainya, namun bahang program realiti ini masih belum reda. Khusus buat peminat yang merindui telatah dan celoteh setiap mentor dan protege, pastinya akan terubat dengan kemunculan rancangan istimewa Mentor Raya yang diterbitkan khas buat peminat dan penonton setia yang sentiasa menyokong program ini.

 

 

“Mengetengahkan konsep persembahan yang bersifat lebih santai dan menghiburkan, Mentor Raya kali ini menampilan sesuatu yang berbeza di mana kami tidak hanya menumpukan kepada nyayian semata-mata namun anda juga dapat melihat aksi santai mereka dalam permainan yang disediakan.”

 

 

Mentor Raya kali ini turut menampilkan kelainan apabila mentor dan protege musim ketiga, Mas Idayu dan Black diamanahkan untuk menjadi pengacara. Program selama satu jam ini juga bakal menampilkan pengacara popular, Ally Iskandar dan Nas Ahmad sebagai ketua kumpulan bagi aktiviti permainan.

 

 

Ingin melihat kelainan serta keistimewaan Mentor Raya pada tahun ini, jangan lupa untuk menonton Mentor Raya yang bakal bersiaran pada 26 Ogos 2012 bersamaan hari raya ke-8, jam 9.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Mentor Raya juga boleh menontonnya menerusi laman sesawang www.tonton.com.my.

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?