E-Hot Xtra

Misha Kini Tunangan Orang

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

 

Tarikh 21 Februari 2012 semestinya hari paling berbahagia bagi penyanyi Misha Omar dan tunangannya Firos Ezzwan Rossly, 30. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 12 tengah hari tadi di kediaman penyanyi itu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

                

Acara dimulai dengan istiadat menyarung cincin merisik dan seterusnya cincing pertunangan. Misha kelihatan berseri-seri menyarung persalinan indah rona biru rekaan Syaiful Bahrim. Sentuhan solekan dan dandanan jurusolek selebriti Chommel menambah kerapian penampilan Misha.

                

Sepanjang menantikan rombongan lelaki, Misha kelihatan begitu gementar. Saat disarungkan cincin, Misha tidak dapat menahan sebak. Hantaran pihak perempuan lima berbalas lima dari pihak lelaki.

 

                    
“Saya sangat lega majlis pertunangan hari ini selesai sudah dan semoga segala perancangan untuk disatukan suatu hari nanti berjalan lancar,” ujar Misha.

 

 

 

 

 

Perkahwinan Misha dan Firos dirancang berlangsung pada tahun ini juga. Kehadiran Firos ternyata bakal melengkapkan keluarga kecil dibina Misha bersama anak angkat tersayang Adam Emir. Berkenalan dengan tunangan Misha Omar, Firos merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan MAS dan saling mengenali lebih kurang lima tahun lamanya.

                                       

 

Kisah cinta mereka berdua pernah mendapat liputan tetapi dikatakan terputus ditengah jalan. Namun, Firos ternyata jodoh buat Misha dari Allah lalu mereka akhirnya mengambil kata sepakat untuk bertunang. Sekali gus menamatkan jua gosip tersebar mengatakan Misha sudahpun berkahwin dan bermadu dengan dua lagi isteri seorang ahli perniagaan. GUA seperti mana peminat Misha Omar mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan baru bertunang itu.

 

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?