E-Hot Xtra
oleh Editor | Dikemaskini pada 23/07/2012 08:00:00
“ADAMU” SINGLE RELIGI TERBAHARU NAJWA LATIF

21 July 2012 –Sempena kedatangan Ramadan yang mulia ini Gadis Youtube ini telah melancarkan single religi beliau yang berjudul “AdaMU” serentak dengan video muziknya yang dilancarkan di saluran milik beliau.
Lagu “AdaMU’ ini telah di nukilkan pada bulan Ramadan tahun lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya.Menurutnya lagi Najwa lagu ini hadiah khas buat peminatnya yang merindui kemunculan beliau khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti
Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin di disampaikan dalam lagu ini sangat baik dan diharap dapat member manafaat oleh pendengarnya.Untuk menonton video muzik “AdaMU”
Lirik Lagu AdaMU
AdaMU
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Laman Sosial Najwa Latif
Facebook : http://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif
Twitter : http://www.twitter.com/NjwaLatif
Youtube : http://www.youtube.com/najwa595