E-Hot Xtra

Nurul Wahab Akhiri Zaman Janda

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

Tup.. tap.. tup tap.. Nurul ( Nurul Wahab ) akhirnya dah diijab kabulkan semalam dengan hanya sekali lafaz sah bergelar isteri kepada jejaka Perancis, Eric Depp sekitar jam 12.20 tengahari tadi. Majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang ini hanya dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang merupakan sanak-saudara, kenalan rapat dan beberapa wakil media sahaja.

 

 

 

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM80.00. Pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis bertema perkahwinan ala Inggeris ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.



 Nurul tampil menawan dalam persalinan moden rekaan Rizman Ruzaini. Manakala Eric kelihatan segak dengan  tuksedo hitam rekaan Bon Zainal. Antara rakan artis yang hadir ialah Ning Baizura dan Zahira Rafik.


Nurul mengumumkan tarikh pernikahannya pada 9 Mei lalu. Sebelum ini penyanyi ini pernah berkahwin dengan komposer, Mohd Faizal Maas atau Ajai. Rumah tangga pasangan in hanya bertahan selama 11 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun pasangan ini bercerai pada tahun 2007.

 

 

Tahniah dari kami :) 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?