E-Hot Xtra
oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada 20/04/2012 14:00:00

Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami.
Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.
Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami.