E-Hot Xtra

OMG!!

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada




PENYANYI seksi Amerika Syarikat (AS) kelahiran Barbados, Rihanna nampaknya terus mencetus kontroversi dengan kisah percintaan sensasi.Dua tahun lalu, kecoh kisah Rihanna dipukul bekas teman lelakinya, Chris Brown hingga lebam biji mata lalu memaksa dia membatalkan siri konsert jelajahnya termasuk di Malaysia.

Tidak serik walau diperlakukan seperti haiwan oleh Brown, Rihanna dikatakan memaafkan Brown dan sering dilihat keluar bersama artis rap itu.



Terbaru, api cemburu dikatakan menjadi punca tercetusnya pergaduhan antara Brown dan kekasih barunya, Drake di sebuah kelab malam di Manhattan, Khamis lalu. Pergaduhan yang dikatakan dicetuskan oleh Drake itu mengakibatkan 10 pengunjung kelab cedera.

Sebelum pergaduhan tercetus, Brown dikatakan menghadiahkan Drake dua botol minuman keras bernilai USD2,000 (RM6,000). Bagaimanapun, Drake dikatakan membalasnya dengan sekeping nota berbaur provokasi lalu Brown naik angin.



Namun, kedua-dua penyanyi itu menafikan mereka terbabit dengan pergaduhan itu malah mendakwa sebelum pergaduhan tercetus, mereka baru hendak meninggalkan kelab. 
Menurut laporan yang disiarkan di laman web Daily Mail, Rihanna ketawa sebaik mendapat tahu mengenai pergaduhan antara Brown dan Drake.



Kenyataan lain turut mendakwa, kononnya Rihanna amat bangga menjadi rebutan dua jejaka. Malah penyanyi itu dikatakan bersyukur tidak berada di tempat kejadian, sekurang-kurangnya peminat tidak melihat dirinya dalam keadaan tidak terurus atau cedera akibat daripada pergaduhan itu.

“Dia hanya ketawa dan menganggap insiden pergaduhan itu sebagai sesuatu yang gila. Rihanna juga sempat berbual dengan kedua-dua mereka (Brown dan Drake) mengenai pergaduhan ini,” kata sumber.



Sejak kebelakangan ini, Rihanna dan Brown dilihat kembali akrab. Keakraban itu bukan hanya membabitkan mereka berdua, tetapi Brown kembali menyertai aktiviti keluarga bekas kekasihnya itu termasuk menonton pertandingan bola keranjang bersama.

Kehadiran Brown itu dianggap tanda-tanda Rihanna sudah dapat memaafkan kesalahan Brown memukulnya pada 2009.



Sementara itu, peminat meramalkan tidak mustahil suatu hari nanti, cinta Brown dan Rihanna kembali bertaut. Namun mereka memerlukan sedikit masa supaya peminat tidak terkejut dengan keputusan itu.




“Rihanna seolah-olah ingin mencuba nasib. Mula-mula mereka cipta lagu bersama, kemudian keluar bersama dalam keadaan yang sangat mesra. Dia sengaja berbuat demikian supaya peminat tidak terkejut jika mereka benar-benar kembali berpacaran.




“Bagaimanapun, kita tidak mampu menghalang Rihanna untuk bertemu Brown kerana itu kehendaknya. Percayalah, dia tidak akan berani muncul dengan album baru tahun ini kerana takut dicerca peminat,” kata sumber itu.Andai semua dakwaan ini benar, tidak hairanlah Drake sengaja menghantar nota yang menyakitkan hati Brown pada malam pergaduhan. Barangkali, Drake menyedari hati teman wanitanya itu sudah berbelah bagi.




Sementara itu, pihak Jabatan Polis New York (NYPD) dilaporkan masih menyiasat kes pergaduhan antara Brown dan Drake.
  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?