E-Hot Xtra

OSCAR

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

Filem arahan Ben Affleck, 'Argo' dipilih sebagai Filem Terbaik pada majlis Anugerah Oscar ke 85 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, California pada Isnin. Ini merupakan kejayaan kedua 'Argo' selepas meraih kejayaan yang sama di Anugerah Golden Globes ke- 70 pada Januari lalu.

Filem berkisar tentang misi ejen perisikan Amerika Syarikat untuk membebaskan enam diplomat negara itu yang berlindung di kediaman duta Kanada di Tehran semasa krisis pada tahun 1979 itu menyingkirkan lapan pencabar lain.


Anugerah ini juga menyaksikan dominasi filem 'Life of Pi' menerusi kategori Best Director, Best Cinematography, Best Music (Original Score) dan Best Visual Effect.

 

Kategori utama seperti Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Daniel Day-Lewis menerusi lakonannya dalam filem Lincoln manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi pelakon muda, Jennifer Lawrence menerusi filem 'Silver Linings Playbook'. 

 

Anne Hathaway merangkul Anugerah Pelakon Pembantu wanita Terbaik menerusi filem muzikal Les Misérables dan Christoph Waltz dianggap sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Django Unchained.

 

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Oscar Ke-85:

Best Picture

Argo

Directing

Ang Lee, - Life Of Pi


Actor In A Leading Role

Daniel Day-Lewis - Lincoln


Actress In A Leading Role

Jennifer Lawrence, - Silver Linings Playbook


Actor In A Supporting Role

Christoph Waltz - Django Unchained


Actress In A Supporting Role

Anne Hathaway - Les Misérables


Animated Feature Film

Brave


Cinematography

Claudio Miranda - Life Of Pi


Costume Design

Jacqueline Durran - Anna Karenina


Documentary (Feature)

Searching For Sugar Man


Documentary (Short Subject)

Inocente


Film Editing

William Goldenberg- Argo


Foreign Language Film

Amour (Austria) 


Makeup

Lisa Westcott and Julie Dartnell - Les Misérables


Music (Original Score)

Mychael Danna -Life Of Pi


Music (Original Song)

Skyfall - Skyfall


Production Design

Rick Carter (Production Design); Jim Erickson (Set Decoration) - Lincoln


Short Film (Animated)

Paperman


Short Film (Live Action)

Curfew


Sound Editing

Per Hallberg and Karen Baker Landers - Skyfall
Paul N.J. Ottosson - Zero Dark Thirty

Sound Mixing

Andy Nelson, Mark Paterson and Simon Hayes - Les Misérables


Visual Effects

Joe Letteri, Eric Saindon, David Clayton and R. Christopher White -Life Of Pi


Writing (Adapted Screenplay)

Chris Terrio - Argo


Writing (Original Screenplay)

Quentin Tarantino -Django Unchained

- See more at: http://www.gua.com.my/berita-artis/Argo_Filem_Terbaik_Anugerah_Oscar_ke_85.html#sthash.OO2pNqCQ.dpuf

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?