E-Hot Xtra

Penculikan kanak-kanak .

oleh Nur Jamalina | Dikemaskini pada






Hi salam sejahtera, saya Jay.

Benar kata orang tua, malang tidak berbau. Dan meminta anak mereka sentiasa berhati-hati, jenayah culik tetap berlaku.

Sejak kebelakangan ini, berita tentang kes penculikan kanak kanak dan remaja semakin menjadi-jadi, sehingga ada yang berakhir dengan kematian mangsa terbabit. Paling menyayat hati adalah kes kematian kanak kanak bernama Nurul Nadirah, atau lebih dikenali sebagai Dirang di Johor, yang mengejutkan seluruh negara, dengan penemuan mayat Dirang dibakar.

Jika dulu, tujuan penculikan menyasarkan wang tebusan, kini ia semakin parah. Selain menuntut wang tebusan, mangsa berdepan kemungkinan dirogol, diserahkan kepada sindiket pelacuran atau paling kejam... Dibunuh.

Menurut seorang pakar kriminologi, jenayah boleh berlaku di mana sahaja, pada bila bila masa. Ia disebabkan  sikap masyarakat yang berpegang pada prinsip 'jangan jaga tepi kain orang'. Jika berlaku jenayah, ramai yang buat endah tak endah kerana tidak mahu terbabit, tidak rela bersusah payah memberi keterangan.

Tugas membendung kes orang hilang bukan tanggungjawab polis semata mata. Peranan institusi  keluarga dan masyarakat cukup berkesan menghindarinya.

Peranan ketua keluarga dalam mengawal anggota keluarga adalah suatu kewajipan, kerana ia langkah awal  dan asas bagi mengelak ahli keluarga daripada terdedah kepada penculikan, hilang dan sebagainya.


Kanak kanak juga perlu diajar cara mempertahankan diri, sekurang kurangnya tahu menepis atau mengelak apabila dipegang seseorang, tidak menyerah begitu sahaja. Selain itu, ibu bapa perlu menerapkan sifat ekstrovert dalam diri anak mereka. Contohnya, daripada menjerit meminta tolong, lebih baik menjerit menggunakan perkataan yang boleh menarik perhatian orang ramai, seperti "api".

Dan, terus buat laporan polis dengan segera, jangan tunggu sehingga segalanya terlewat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Penculik tak pilih mangsa, ibu bapa jangan alpa.

Sehingga bertemu lagi di artikel seterusnya.
  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?