E-Hot Xtra
oleh Hazwan Syah | Dikemaskini pada 18/05/2012 15:00:00
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia…
Ketika artikel ini ditulis, ia hanya berbaki kurang 48 jam sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala FA 2012 yang melibatkan Kelantan & Sime Darby. Menariknya perlawanan kali ini, setiap pasukan datang dengan misi yang berbeza walaupun dengan 1 tujuan yang sama, iaitu merangkul piala yang menjadi antara rebutan dalam kancah Liga Malaysia, tambahan pula tahun ini, trofi baru bernilai RM 80,000 akan diperkenalkan bagi menggantikan trofi Piala FA yang lama.
Jika kita sorot kembali sejarah Piala FA ini, ia bermula pada tahun 1990 ketika era Liga Semi Pro. Pada waktu itu Perak mencipta sejarah menjadi pasukan pertama merangkul piala ini selepas menewaskan Selangor dengan 4-2. Namun dendam Selangor terbalas setahun kemudian apabila berjaya menumbangkan skuad Seladang dengan kemenangan tipis 1-0.
Berikut merupakan senarai pemenang Piala FA bermula dari tahun 1990 hingga 2011.
1990 – Perak
1991 – Selangor
1992 – Sarawak
1993 & 1994 – Kuala Lumpur
1995 – Sabah
1996 – Kedah
1997 – Selangor
1998 – Johor
1999 – Kuala Lumpur
2000 – Terengganu
2001 - Selangor
2002 – Pulau Pinang
2003 – Negeri Sembilan
2004 - Perak
2005 - Selangor
2006 - Pahang
2007 & 2008 - Kedah
2009 - Selangor
2010 –Negeri Sembilan
2011 - Terengganu
Jika dilihat, tidak ada 1 pasukan berstatus kelab pun yang tersenarai sebagai finalis Piala FA. Ini bermakna Sime Darby mencipta sejarah apabila menjadi kelab pertama yang berjaya mara ke final. Ini bermakna ada 2 sejarah baru pada "drama" kali ini di mana trofi baru digunakan & pasukan berstatus kelab pertama layak ke final.
Kelantan pula menggalas misi menebus kekecewaan selepas gagal menjulang piala berkenaan tahun lepas (2011) apabila jaringan lewat permainan oleh Terengganu menyebabkan mereka sekadar kempunan untuk dinobatkan sebagai juara baru tahun lalu.
Secara kesimpulannya, kedua-dua pasukan ini berjuang untuk memenangi Piala FA buat kali pertama, biarpun Kelantan pernah ke final sebanyak 2 kali sebelum ini. Dua status yang berbeza dari liga yang juga berbeza, pasti membuatkan timbul persoalan..mampukah Kelantan “menghapuskan kekecewaan mereka tahun lalu? & boleh ker Sime Darby ni menang….semuanya hanya akan ditentukan esok jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siapa yang anda sokong? Hehe…
