E-Hot Xtra

Perlu ke Pengawal Peribadi?

oleh Editor | Dikemaskini pada


Bergelar superstar dan menerima bayaran tertinggi di Bollywood serta peminat jenama Prada, Dolce & Gabbana, Ralph Lauren dan Alexander McQueen, Kareena Kapoor bersetuju de-ngan pendapat suaminya, Saif Ali Khan bahawa wanita India lebih cantik jika memakai sari.

 

 

“Saif selalu suruh saya memakai sari, tetapi tengoklah majlis macam mana yang kami kena hadiri. Berpakaian kenalah ikut tempat dan pada pendapat saya, gaya sebenar apabila kita berasa yakin dan selesa apabila memakainya,” katanya.

 

 

Kareena baru saja melancarkan bukunya berjudul The Style Diary of a Bollywood Diva, terbitan Shobhaa De Books dan Penguin India.



Bercakap mengenai fe-syen, Kareena berkata, sebagai aktres terkenal dia mengikuti perkembangan fesyen dan bergaya memang menjadi tanggungjawabnya.


“Bagaimanapun, saya rasa kakak saya, Karishma Kapoor adalah aktres yang sangat bergaya. Ibu kami, Babita dan ibu mentua saya, Sharmila Tagore juga bijak dalam berfesyen. Mereka nampak cantik memakai apa saja fesyen,” kata-nya.

 


Menurut Kareena, dia tidak bercadang untuk menulis sehinggalah dia mencapai usia 60 tahun untuk menerbitkan biografi mengenai dirinya.

“Namun saya tiba-tiba berminat apabila Shobhaa beritahu ia lebih kepada sebuah diari. Buku itu saya tulis bersama Rochelle Pinto.



Dalam buku itu saya berkongsi rahsia peribadi dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu cara saya menjaga badan, menceritakan hal kerjaya dan hubungan dengan suami.

“Dulu tubuh saya berisi. Jadi saya amalkan senaman yoga dan pemakanan seimbang,” katanya yang gemar berseluar jeans.

 

Sisi lain Kareena dia sangat merendah diri. Walaupun berasal dari keluarga yang berpengaruh dan sekarang memiliki keluarga mentua daripada golongan bangsawan dan dia sendiri bertaraf superstar, ke mana pergi dia tidak memerlukan pengawal peribadi kerana berasa selamat di negaranya sendiri.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?