E-Hot Xtra

Rock 2

oleh Editor | Dikemaskini pada


Grand Brilliance bakal menggegarkan pawagam dengan filem komedi terbarunya iaitu 'Rock Oo' pada 28 Februari ini. Menjanjikan hiburan yang cukup memuaskan buat peminat filem tanahair, filem ini juga dijangka dapat mengembalikan semula nostalgia era rock buat rockers tegar di Malaysia.

 

 

 

Di bawah arahan pengarah tersohor Mamat Khalid, filem 'Rock Oo' merupakan kesinambungan filem 'Rock' yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah tetapi kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air.

 

Filem 'Rock' yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2005 mengisahkan tentang kumpulan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bercita-cita untuk jadi terkenal pada lewat dekad 80-an. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi oleh mereka demi mengejar cita-cita mereka. Bukan sahaja filem ini menengahkan konsep muzikal tetapi juga mengandungi unsur-unsur positif untuk dihayati segenap lapisan penonton. Filem 'Rock' telah mendapat sambutan hangat di pawagam dan sentiasa mendapat ratings yang tinggi tatkala disiarkan di televisyen.

Sempena dengan itu, Grand Brilliance akan melancarkan filem 'Rock' di YouTube dan Tonton bagi memberi peluang kepada para peminat untuk sekali lagi menyaksikan filem ini. Bagi mereka yang menantikan filem 'Rock Oo', anda boleh menonton trailernya di YouTube saluran Grand Brilliance,www.youtube.com/gbsbteam. Saksikan juga MTV lagu "Tika" yang dipetik khas dari filem 'Rock Oo' nyanyian Khir Rahman. Segala informasi dan gambar filem 'Rock Oo' juga boleh didapati di laman Facebook di www.facebook.com/rockoo.rimbabarakembali.

'Rock Oo' berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (lakonan Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah”, rockers kampung ini sanggup berjuang mati-matian demi mempertahankan minat dan cita-cita mereka. Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan rock mereka.



Grand Brilliance yakin bahawa filem 'Rock Oo' merupakan karya terhebat Mamat Khalid dan bakal menjadi filem box office pada tahun ini. Filem 'Rock Oo' yang bakal membuka tirai di pawagam pada 28 Februari ini turut dibintangi oleh Khir Rahman (Jijo), Norazmi Baharon (Black), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan  Soffi Jikan (Zul Kapan).

Antara barisan filem-filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 termasuk 'Sembunyi' (28 Mac 2013), 'Bisikan Syaitan' (2 May 2013), 'Pecah', 'Pengapit', 'Balada Pencinta', 'KL Zombie', 'Mamak Cupcake', 'Lebuhraya Ke Neraka', 'Penanggal', 'KL Gangster 2' dan 'Anak Jantan'. Sementara filem-filem yang masih dalam sesi penggambaran adalah 'Sejoli' (arahan Osman Ali) dan 'Gila Baby' (arahan Kabir Bhatia).

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?