E-Hot Xtra

Sidang Media ABPBH2011

oleh Nur Jamalina Mohamad Jamali | Dikemaskini pada


Hai, salam sejahtera. Saya Jay!


Hari ini berlangsung sidang media Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 di Holiday Villa,  Subang Jaya, Selangor. Sidang media terbabit adalah bagi mengumumkan pengacara-pengacara ABPBH2011, tema , penyampai trofi dan artis yang akan membuat persembahan.


Majlis pra-kemuncak itu diacarakan oleh penyampai HOT FM AG dan Deen. Mereka memulakan majlis dengan memperkenalkan tema serta pereka-pereka fesyen yang mengambil bahagian untuk mereka pakaian busana para artis pada malam ABPBH nanti. Pertunjukan fesyen berkonsep “Larger Than Life”  dijayakan oleh 13 pereka popular tanahair. Antara artis yang terlibat dengan pertunjukan fesyen tadi adalah Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fouziah Ghous dan Salma Mentor.


Kalau tahun lepas, ABPBH2010 memperkenalkan 3 artis iaitu Sharifah Shahira, Raja Azura dan Zizan. Kali ini, ketiga tiga mereka dikekalkan, dengan pelakon Didie Alias menjadi pengacara keempat mereka. Pasti riuh dengan jenaka dan celoteh mereka mengacarakan ABPBH2011 nanti. Pada sidang media tadi, keempat-empat mereka mengumumkan artis artis yang terlibat sebagai penyampai trofi dan yang bakal membuat persembahan.


Majlis juga diserikan dengan persembahan one Nation Emcees, salah satu kumpulan yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH2011.


Penyampai Trofi:
Ady Putra, Afdlin Shauki, Bintang Idola, Chad Hot FM, Datuk DJ Dave, Dato' Yusoff Haslam, Deen Hot FM, Eman Manan, Erra Fazira, Fazura, Harun Salim Bachik, Mustafa Kamal, Nora Danish, Normala Shamsuddin, Nurul Syuhada, Ridzuan Hashim, Rosyam Noor, Shafiq Yusof, Shamsul Yusof, Wan Maimunah, Juara Bintang Idola Berita Harian ABPBH 2011


 
Persembahan:
Aaron Aziz, Adira, Aizat, Alyah, Amy Search, Anuar Zain, Azhar BIBH, Azlan Typewriter ,Black, Bob, Dato' M Nasir, Dato' Sheila Majid, Dato' Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Faizal Tahir, Fauzi Nawawi, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor, Lisa Surihani, Lisdawati, Man Kidal, Maria Farida, Mas Idayu
Maya Karin, Najwa Latif, One Nation Emcees, Ramlah Ram, Salma, Shiha Mentor, Shila Amzah, Stacy
Tam Spider, VIP, Watie Elite, Ziana Zain

 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 akan diadakan pada 8 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands. Ianya akan disiarkan secara langsung di TV3, dengan HOT FM sebagai radio rasmi ABPBH2011.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?