E-Hot Xtra

Selesai Secara Damai

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

Saya ingin mereka selesaikan masalah mereka secara dalaman dan mengikut saluran yang betul”, kata presiden Seniman, Zed Zaidi berhubung krisis antara Neelofa dan Anzalna.

 

 

Zed Zaidi menegaskan selain memperjuang, membela dan menjaga kebajikan artis, persatuan Seniman juga berperanan untuk meningkatkan imej artis. Oleh itu, sebarang masalah yang boleh diselesaikan di luar mahkamah lebih baik kerana dapat menepis persepsi negatif masyarakat terhadap artis.

 

 

 

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Untuk menjadi artis, seseorang harus bersedia terima sebarang kritikan dan tohmahan. Tak kan perkara kecil nak diperbesarkan hingga jadi kes mahkamah”, kata Zed Zaidi ketika ditemui di Hari Himpunan Bintang di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

Tambah Zed Zaidi, dia telah berjumpa dengan Neelofa dan Anzalna untuk berbincang mengenai isu tersebut.

 

“Saya telah berjumpa dengan mereka agar masalah ini dapat diselesaikan tanpa perlu melibatkan peguam dan mahkamah. Sekiranya isu ini sudah jadi kes mahkamah, pihak persatuan sudah tidak boleh menghulurkan bantuan dan nasihat kepada mereka”, katanya.

 

 

Sebelum ini Tasha Shila menyuarakan rasa kesal terhadap Neelofa yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular 2011. Kemudian Anzalna menerusi satu akhbar tempatan, menyokong kenyataan Tasha Shila dengan mengkritik Neelofa sebagai seorang yang busuk hati.

 

Menurut Zed Zaidi, krisis antara Tasha Shila dan Neelofa telah lama selesai. Isu yang masih berpanjangan adalah tuntutan Neelofa terhadap Anzalna.

 

Zed Zaidi menganggap krisis ini berpunca dari masalah komunikasi antara artis tersebut dengan media dan masyarakat.

 

 

“Masalah Neelofa-Anzalna ini disebabkan masalah komunikasi antara mereka dan media. Seseorang artis harus bijak berkomunikasi dengan media dan masyarakat agar masalah seperti ini dapat dielakkan”, kata Zed Zaidi.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?