E-Hot Xtra

Sepanyol Juara EURO 2012

oleh Hazwan Syah | Dikemaskini pada



Viva La Espana! Viva La Espana! Itulah laungan yang bergema di Madrid yang merupakan ibu kota Sepanyol & beberapa segenap penjuru negeri itu. Tahniah kepada pasukan Spain/Sepanyol/Espana kerana berjaya menjuarai Kejohanan EURO 2012. 

KEmenangan ini juga telah mencipta rekod baru di pentas akhir EURO  dengan jumlah kemenangan terbesar iaitu 4-0 menewaskan rekod yang pernah dicipta oleh Jerman Barat 3-0 ke atas Soviet Union pada 1972.


Kebuntuan jaringan mula dipecahkan pada minit ke 14 menerusi tandukan pemain Manchester City, David Silva. Kemudian sebelum babak pertama tamat, Jordi Alba menambah kesedihan Itali apabila menyumbat gol untuk menjadikan kedudukan 2-0. 

Aksi separuh masa kedua Sepayol terus melakukan serangan demi serangan dan akhirnya pemain gantian Fernando Torres menambah sengsara Itali menjadikan jumlah 3 gol untuk Sepanyol. Tidak cukup dengan itu, walaupun berada di depan, Sepanyol terus ghairah memburu gol walaupun masa berbaki 2 minit apabila Juan Mata yang pertama kali beraksi di pentas EURO 2012 menjadi penjaring terakhir kejohanan melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol 4-0.

Pemain tengah Sepanyol, Andre Iniesta dipilih sebagai "Man Of The Match" dlm final tersebut. Apa yang menariknya jurulatih Espana, Vicente del Bosque menggunakan formasi 4-6-0 di mana serangan lebih tertumpu kpd pemain tengah. Formasi yang sama juga telah digunakan ketika separuh akhir melawan Portugal. 

Dengan kemenangan itu, maka Sepanyol telah menyamai rekod yang dicipta Jerman atau ketika itu lebih dikenali sebagai Jerman Barat, menang 3 kejohanan berturut-turut iaitu Euro 1972, Piala Dunia 1974 & Euro 1976.

Jumpa lagi di EURO 2016 di Perancis. Viva La Espana! 
  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?