E-Hot Xtra

Seronok Beraya

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

Syawal ini, tentu ramai yang gembira dapat meraikan Aidilfitri bersama orang tercinta. Wajah ibu dan ayah serta telatah adik beradik yang lain pastinya menggamit memori raya kita semua. Lain pula ceritanya dengan penyanyi Mizz Nina yang cukup teruja kerana pertama kali beraya di rumah mentuanya.

 

 

“ Raya kali ini memang berbeza buat saya kerana buat pertama kalinya saya tidak akan beraya di rumah keluarga di Kuala Lumpur. Saya akan beraya di rumah keluarga Noh di Miri, Sarawak dan juga kemudiannya ke Kuching. Saya tak sabar untuk rasai suasana rumah terbuka di sana “, ujar isteri kepada penyanyi Noh Hujan ini.

 

 

“ Keluarga Noh terutamanya ibu mentua memang seorang yang pandai memasak. Laksa Sarawak antara makanan yang memang saya nantikan di pagi Syawal. Selain itu, ibu Noh juga pakar dalam pembuatan kek terutamanya Butter Cake. Masa inilah saya nak ambil kesempatan untuk belajar skil memasak dari ibu mentua tercinta. Selepas raya di Sarawak, insya-Allah kami akan beraya di Singapura pula “, yang memilih tema kuning buat digayakan beliau dan suami raya pertama ini.

 

Mizz Nina turut menambah sepanjang Ramadhan lalu, beliau ada mencuba beberapa resipi baru untuk disajikan buat suami tercinta. Antaranya ialah udang masak merah dan ayam masak kicap. Mizz Nina turut menambah di pagi Syawal juadah yang menjadi kegemaran beliau adalah lontong yang dimakan bersama sambal sotong.

 

Bercerita mengenai perkembangan karier muziknya, Mizz Nina berkata selepas raya ini beliau merancang untuk mengadakan siri jelajah persembahan di seluruh Malaysia. Akan dibahagikan mengikut zon seperti pantai barat dan pantai timur, Mizz Nina tidak sabar untuk bertemu peminat-peminat di Malaysia yang telah banyak mendukung karier seni beliau.

 

 

Oktober ini, Mizz Nina memberitahu GUA beliau akan ke Melbourne, Australia untuk melancarkan album beliau di sana. Berharap peluang ini dapat membuka ruang untuk beliau bertapak di negeri kanggaru itu, Mizz Nina terus optimis dalam mengembangkan bakat beliau ke seantero dunia.

 

Mengulas mengenai persembahan memukau yang ditonjolkan beliau sewaktu beraksi di pentas MTV World Stage baru-baru ini, Mizz Nina bersyukur dengan penerimaan positif dan reaksi baik dari kalangan pengunjung yang hadir.

 

“ Ini antara saat-saat yang cukup saya hargai dan sepanjang hidup saya saya puas hati dengan sambutan persembahan pada malam itu. Saya gembira kerana ramai yang gembira dengan persembahan pada malam itu dan berkongsi pentas dengan nama-nama besar lain seperti Justin Bieber cukup membuatkan saya berasa terharu “, ujar Mizz Nina.

 

“ Sempena hari raya ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut lebaran buat semua yang menyambutnya dan kepada peminat saya yang banyak sokong muzik saya, terima kasih saya ucapkan dan saya sayang anda semua. Semoga raya kali bawa kegembiraan buat anda sekeluarga “, akhiri pelantun Take Over ini.

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?