E-Hot Xtra

Sleep Paralysis

oleh Scarlett Wolsey | Dikemaskini pada


 

Percaya atau tidak, badan anda hampir lumpuh semasa tidur - ianya untuk mengelakkan badan anda daripada bertindak ketika anda mimpi. Kelenjar mula mengeluarkan hormon yang membantu mendorong untuk tidur dan neuron menghantar isyarat kepada saraf tunjang yang menyebabkan badan untuk berehat dan kemudiannya menjadi asasnya lumpuh.

 

Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya didatangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.

 

 

Secara fisiologi, kelumpuhan tidur berkaitan dengan REM atonia, kelumpuhan yang berlaku sebagai sebahagian semula jadi bagi tidur mata gerak cepat (rapid eye movement, REM). Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM. tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak. Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit "dengan mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan tersebut adalah palsu".(diterangkan di bawah) Sebagai mana yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah sepenuhnya; penggunaan surih EOG menunjukkan pergerakan mata masih boleh berlaku semasa kejadian sebegini. Bila narkolepsi tidak hadir, kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated sleep paralysis, ISP).

Lagi, kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram atau (hipnopompik or hipnagogik) dan perasaan takut yang amat sangat. Ketakutan si pesakit terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada kejelasan husinasi yang dialaminya. Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar seseorang. Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi penculikan makhluk asing dan penemuan hantu. Satu kajian daripada Susan Blackmore dan Marcus Cox (kajian Blackmore-Cox) dari University of the West of England menyokong pendapat bahawa laporan berkenaan penculikan makhluk asing adalah berkaitan dengan kelumpuhan tidur berbanding kelabilan lobus temporal.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?