E-Hot Xtra

Sudirman Sepanjang Zaman..!!

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada

Mengimbau kembali zaman kegemilangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad, pihak Warner Music Malaysia kini mengeluarkan 4 buah album yang memuatkan lagu-lagu popular beliau.

Album 101 Sudirman memuatkan 101 buah lagu seniman kegemaran ini. Sebagai sebuah album daripada siri kompilasi 101 yang dikeluarkan sejak bulan Februari yang lalu, album in boleh dimiliki pada harga hanya RM39.90. Sebuah kompilasi istimewa yang memuatkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman sepanjang zaman, 101 Sudirmanmerupakan sebuah album kompilasi unggul yang harus dimiliki!

Aku Sudirman – Suatu Interpretasi yang mula berada di pasaran pada 5 Jun ini pula merupakan antara dua buah album hasil kerjasama Warner Music Malaysia bersama pihak Astro. Album kompilasi yang dijual dengan harga RM26.90 ini membariskan barisan artis muda, lantas menyuntik elemen baru di dalam”menginterpretasikan’ lapan buah lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman!

Sebuah lagi kompilasi yang memadukan kerjasama pihak Warner Music Malaysia dan Astro adalah OST – Hoore Hoore. Album ini memuatkan 13 buah lagu yang dipetik daripada sebuah filem muzikal yang menggunakan rangkaian lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman dan sebuah lagu BARU yang berjudul ‘IDOLA’ dicipta khas oleh Audi Mok dan dinyanyikan oleh Azlan &the typewriter. Lagu-lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman telah digubah semula dengan sentuhan magis dan kreatif komposer terkenal Audi Mok, album ini menampilkan barisan artis-artis baru dan lama yang tentunya menarik untuk didengari!

Sebagai tanda penghormatan 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman, pihak Warner Music Malaysia mengeluarkan sebuah lagi album khas buat para peminat muzik tanah air! Aku Sudirman memuatkan sebanyak 30 buah lagu-lagu beliau yang menjadi kegemaran sepanjang zaman. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah “Merisik Khabar”, “Jauh Di Sudut Hati”, “Teratai Menjelma”, “Salam Terakhir” dan “Pelangi Petang”. Boleh didapati pada harga RM27.90, album ini tentunya sebuah album yang WAJIB DIMILIKI!!

Kepada para peminat lagu-lagu seniman pujaan ramai ini, mari dapatkan album-album ini dipasaran sekarang!!!

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM

TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN

Username

Password

Forgot password?