E-Hot Xtra

Sukan Olimpik 2012

oleh Editor | Dikemaskini pada


  Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan. Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia).

 

  Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19. Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Pada 2012, London akan menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali. Nombor di dalam tanda kurungan menunjukkan berapa kali bandar/negara itu menjadi tuan rumah sukan ini.



Bandar Tuan Rumah SUkan Olimpik



 


Medal Sukan Olimpik Tahun ini:

 






Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julaihingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?