E-Hot Xtra

Syukur - Anzalna

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


 

 

“Syukur, Alhamdulillah semuanya dah selesai. Anzalna tak nak memanjangkan perkara ini sebab tak nak mengaibkan ramai orang. Mungkin benda ini dimanipulasikan oleh orang-orang tertentu jadi saya anggap ini hanya dugaan semata-mata,” ujar pelakon, Nur Anzalna Md Nasir ketika ditemui sejurus selesai sidang akhbar permohonan maaf secara terbuka kepada aktres, Neelofa, baru-baru ini.

 

 

“Saya buat semua ini kerana Allah, saya masih ingat dunia dan akhirat. Lagipun saya tahu kita hidup di dunia ini pun sementara, jadi saya nak bermaafan sebab tak tahu bila kita akan pergi. Saya sanggup tolak ego ke tepi untuk memohon maaf secara terbuka kerana saya rasa ini yang terbaik. 

 

 

“Saya tak kisah apa yang orang nak cakap pasal saya, tapi saya buat semua ini kerana Allah. Saya tak nak mengaibkan lagi ramai orang. Bila kita minta maaf tidak bermaksud kita kalah terus. Saya anggap ini dugaan buat saya dan saya buat ini semua kerana Allah - itu saja,” ujarnya dalam nada sebak.

 

 

Ditanya mengenai apa yang tersirat di sebalik tangisan beliau itu, pelakon drama ‘Indera Joned’ ini memberitahu, “Saya tak boleh nak komen banyak sebab saya dah tandatangan syarat-syarat yang diberikan oleh Neelofa. Saya masih baru lagi dalam industri, jadi saya akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini. Apapun, saya lega perkara ini dapat diselesaikan.”

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?