E-Hot Xtra

Takziah buat Amir Ukays

oleh Scarlett Wolsey | Dikemaskini pada


 

 

Anak Amir Ukays , Mohammad Imran yang berusia 15 tahun dikhabarkan telah meninggal dunia awal malam semalam.

Mohammad Imran mengalami komplikasi jantung sejak lahir dan kerap berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang selepas Maghrib malam semalam. Amir Ukays yang dihubungi Media Hiburan berkata beliau tidak berada disisi arwah.

“Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat terakhirnya. Saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian,” ujar Amir Ukays.

Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Mohammad Imran supaya tenang disana.

Al-Fatihah~

 

 

 

Sumber dari http://www.rotikaya.com

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?