E-Hot Xtra

Versus, Harapan Baru Industri Muzik

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


Versus telah pun melabuhkan tirainya semalam menyaksikan wang tunai RM 200,000 menjadi milik mutlak kumpulan Hujan. Mengangkat kreativiti sebagai pendukung utama penghayatan muzik , Versus dilihat meletakkan muzik tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain memberi peluang band-band terpilih berkarya tanpa batasan, Versus dilihat berjaya membuktikan kata-kata ‘Muzik Kita, Wajah Kita’ bukanlah sekadar retorik semata-mata.

 

 

 

Salah seorang juri tetap Versus selepas berakhirnya Konfrontasi Terakhir Versus malam tadi yang bertempat di Space U8 Shah Alam. Jennifer Thompson berpendapat Versus telah berjaya membuka minda peminat terhadap karya kreatif muzik yang berjaya diolah oleh kesemua band yang terlibat.

 

Jenn turut menghargai semua usaha yang diberikan setiap kumpulan saban minggu. Kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi mengatasi keinginan untuk mereka menang lantas menzahirkan nilai artistik sesebuah karya itu sendiri.

 

 

“ Saya merasakan Versus adalah program seumpamanya di Malaysia. Program yang tidak meletakkan sebarang batasan untuk mereka berkarya. Eksperimentasi muzik mereka terhadap karya-karya tempatan memberikan satu nafas baru terhadap industri muzik kita “.

 

 

Jenn bersetuju apabila karya-karya hebat terdahulu seperti lagu-lagu Alleycats dan Allahyarham Sudirman berjaya mengembalikan semula kegemilangan muzik mereka suatu ketika dahulu. Versus berjaya membawa muzik malar segar ini lebih dekat di hati penonton masa kini menerusi gubahan penuh berseni bersesuaian dengan kehendak dan cita rasa generasi muda.

 

 

“ Versus merupakan satu proses pembelajaran buat semua band-band ini untuk lebih menonjolkan kemampuan dan bakat mereka. Wujudnya sesebuah band memerlukan mereka mengadakan persembahan secara ‘live’ setiap minggu barulah kemahiran mereka dapat ditingkatkan dan Versus menyediakan satu saluran buat mereka semua mempamerkan sisi lain mereka “, ujar Jenn yang secara peribadi mengakui Sixth Sense merupakan band yang paling banyak menunjukkan peningkatan bermula minggu pertama sehingga minggu terakhir.

 

Sumber dari gua.com.my 

“  Setiap band ada keistimewaan tersendiri. Hujan penuh dengan professionalisme dan bijak mengatur strategi ketika berada di pentas begitu juga dengan band-band lain. Kalau ikutkan saya, semuanya layak bergelar pemenang. Untuk mengetahui di akhirnya hanya akan ada satu pemenang, ia merupakan keputusan yang sukar  “.

 

 

“ Secara keseluruhannya, Versus merupakan satu rancangan yang cukup rencahnya. Semangat bersaing secara sihat, semangat berpasukan antara satu band dengan satu band yang lain, kreatiiviti tanpa batasan dan banyak lagi. Semua ini membina harapan baru buat masa depan muzik tempatan “, akhiri Jenn.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?