E-Hot Xtra

Wanita Malaysia Ke-3 Paling Curang Di Dunia

oleh Editor | Dikemaskini pada


 

Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2012 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.

Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama.

 

Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang.

 

 

Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.

 

Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu.

 

 

Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah;

 

- Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115

kali).

- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69).

- Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melakukan seks sebanyak 146 kali setahun.

- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.

- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.

- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.

- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan

daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?