E-Hot Xtra

Yuna Di Jemput

oleh Miss Kaki Gossip Hot | Dikemaskini pada


Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul Wayne Jones menerusi akaun Twitter miliknya @AmbassadorJones telah menjemput penyanyi Yuna untuk menghadiri majlis sambutan Independence Day di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

 



Kehebatan penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu yang kini sedang rancak melaksanakan siri jelajah promosi album terbarunya di beberapa bandaraya utama di Amerika Syarikat telah menarik minat Duta Besar Jones untuk mengajak Yuna untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut yang disambut pada 4 Julai setiap tahun.

 



Malangnya, penyanyi itu masih berada di Amerika Syarikat pada tarikh tersebut. Siri jelajah “2012 Summer Tour With Graffiti6” bermula 29 Mei lalu di Indianapolis dan akan berakhir di Festival Muzik Lollapalooza pada 5 Ogos depan. Pada 7 Jun ini Yuna bersama pasukannya akan berada di New York.

 



Ikuti akaun Twitter @yunamusic untuk menyorot perjalanan Yuna di “2012 Summer Your With Graffiti6”.

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?