E-Hot Xtra

Zed Zaidi Dapat baby Boy!

oleh Miss Kaki Gossip | Dikemaskini pada


 

 

RAMADAN ini amat bermakna kepada Zed Zaidi apabila isterinya, Natalia selamat melahirkan bayi sulung mereka di Tropicana Medical Centre pada jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.

 

 

Bayi lelaki seberat 4.32 kilogram itu diberi nama Ryan Ziqri. Zed yang terlalu gembira kerana sudahpun menjadi seorang bapa, terus mengirim SMS kepada rakan SS untuk berkongsi berita gembira itu. Hari raya tahun ini nampaknya Zed menyambutnya bersama ahli keluarga baru yang comel itu.

 

 

Lebih membahagiakan Zed, dia dan anaknya berkongsi tarikh hari jadi iaitu pada 27 haribulan, cuma bezanya Ryan dilahirkan pada 27 Julai manakala Zed pula 27 Jun. Nampaknya memang tiada masalah langsung untuk bapa dan anak itu menyambut hari lahir bersama-sama kerana bezanya hanya sebulan saja.

Bukan itu saja, Zed dan Ryan juga sama-sama dilahirkan pada hari Jumaat. Zed dilahirkan pada malam Jumaat manakala Ryan pula pada pagi Jumaat bulan Ramadan yang mulia ini.

 

 

 


Cerita Zed pada rakan SS, sejak isterinya dimasukkan ke wad bersalin pada jam 5 pagi, Jumaat lalu dan seterusnya ditempatkan di bilik pembedahan, dia terus menunggu isteri kesayangannya selamat bersalin menjalani pembedahan.


Natalia terpaksa dibedah kerana keadaan bayi yang besar. Sebaik saja kedengaran tangisan Ryan, Zed terus terkedu, tergamam dan teruja yang amat sangat lalu bayi itu terus dipangku dan diazankannya.

Lega katanya kerana anak dan isterinya selamat. Keluarga kedua-dua belah pihak hadir sama menyambut kelahiran cucu baru.

 



Jelas Zed lagi, isterinya akan berpantang di rumah ibunya di Taman Tun Dr Ismail. Keluarga Zed tinggal di Keramat, jadi tiada masalah langsung untuk mereka datang menjenguk cucu baru mereka itu.

Apa pun SS ucapkan tahniah kepada Zed dan isteri dengan kehadiran Ryan dalam hidup mereka. Semoga bertambah bahagia dan sejahtera. Pasangan itu berkahwin pada 29 April 2011.

 

 

 

 

-Sumber dari MyMetro 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?