M ~ P

O-Two

 

Indentiti
O-Two juga mempunyai identiti hala tuju tersendiri yang mampu membuat pendengar merasakan keunikan asli muzik mereka. O-Two telah mencipta puluhan lagu semenjak mereka begitu serius tentang bunyi, penulisan dan susunan lagu. O-Two juga mempunyai kelebihan tersendiri ketika membuat persembahan secara live dan amat peka dengan segala aspek ketika di pentas. Mereka adalah sebuah kumpulan yang tidak mahu ditelan zaman, dan kini telah terbukti bahawa band-band yang kini bebas berkarya telah berjaya
mendapat tempat di hati pendengar.

 



Muzik O-Two
Dari segi teknikal mencipta lagu, O-Two mempunyai pemikiran yang jauh dan sentiasa memperbanyakkan ilmu muzik supaya muzik mereka sentiasa lain dari band-band yang sedia ada. Mereka juga mahu hasil karya mereka setanding dengan kumpulan muzik dari negara luar. Walaubagaiman pun, O-Two tetap memperjuangkan bahasa ibunda kerana mahu bahasa Melayu diperjuangkan. Pada asasnya O-Two hanyalah sebuah band Alternative Rock tetapi telah berjaya memberi adunan baru supaya kelainan itu sentiasa menjadi kunci utama.Secara tidak langsung muzik O-Two banyak dipengaruhi oleh band-band dari Thailand terutama dari segi teknikal muzik dah gaya rakaman mereka. Walaubagaimanapun ia cuma sebagai contoh terdekat hala tuju muzik O-Two, ia adalah seperti salah satu aspek atau subjek muzik yang mereka kaji.

 

 

Album Pertama O-Two

Setelah hampir tiga tahun mengumpul idea, kini O-Two melahirkan album pertama yang berjudul EVOLUSI. Setelah membuat pemilihan lagu dengan teliti, sepuluh buah lagu telah dipilih untuk dimuatkan di dalam album sulung ini. Sebuah album yang amat berbeza dari segolongan kugiran di Malaysia dengan mempunyai beberapa konsep muzik yang belum pernah di dengar dari semua kugiran muzik di Asia. Album ini juga telah dihasilkan sendiri oleh O-Two sepenuhnya termasuk dari segi pemilihan bunyi tertentu dan telah menelan kos yang agak tinggi untuk menghasilkan identiti bunyi yang diingini. Setiap hasil karya mempunyai nilai pemikiran, penulisan dan perjalanan yang amat berbeza dari lagu-lagu dalam pasaran tempatan.

 


O-Two juga telah menggunakan khidmat pemuzik tambahan profesional untuk menghasilkan beberapa bunyi yang amat unik dengan menggunakan alatan muzik yang amat jarang sekali digunakan di dalam album sebegini. Walaubagaimanapun setiap bunyian digital di dalam album ini adalah hasil idea kreatif Alan sebagai peneraju utama. Hanya 15 peratus menggunakan alat bunyian mesin digital.

 

Kini, sebuah album yang penuh kelainan, asli dan juga unik serta diwar-warkan sebagai sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik telah siap sepenuhnya. Sesuatu yang amat berbeza, dan kesinambungan episod cerita muzik yang pasti menggegarkan senario muzik tempatan. Hanya peluang dan sokongan dari pihak tertentu yang boleh membantu memastikan album ini mendapat tempat di persada muzik tanahair. Moga maju terus industri muzik Malaya.

 

Diterbitkan oleh: O-Two Global Music (M)
Dipasarkan Secara Rasmi Jun 2010

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?