Terhangat di Kaki Bola

Gila Bola merupakan segmen 1 jam yang membicarakan tentang arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Bersama Kieran yang akan menghangatkan dunia bola sepak dan ikuti perkembangan skor-skor terkini, pemain-pemain yang menjadi kegilaan ramai, rumor terkini dan sebagainya.


Chelsea kian parah

PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.

 

BUAT pertama kali sejak 1996, England berdepan kemungkinan tanpa wakil dalam saingan suku akhir kancah Liga Juara-Juara Eropah.


Kelmarin, Chelsea kecundang kepada Napoli 3-1 di gelanggang lawan dan Arsenal berdepan ranjau besar mengatasi defisit kekalahan 4-0 kepada AC Milan, bulan depan.

 

 

Apa pun, Chelsea masih ruang untuk mengalih keputusan memihak kepada mereka apabila berdepan lawan dari Itali itu di Stamford Bridge pada 14 Mac ini dengan gol dari gelanggang lawan.

 

Hanya tiga pasukan berjaya menterbalikkan defisit dua gol sejak format Liga Juara-Juara diperkenalkan 20 tahun lalu dan Villas-Boas mahu Chelsea menjadi pasukan keempat mencapainya.

 


Bicara hangat sama ada Andre Villas-Boas akan kekal selaku pengurus pasukan apabila menentang Napoli kelak juga memuncak ketika ini. “Spekulasi akan berterusan dengan keputusan seperti ini. Kita harus menyelesaikan masalah bahagian benteng,” kata pengendali berusia 34 tahun itu.

 

 

Sumber dari Berita Harian

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?