Terhangat di Kaki Bola

Gila Bola merupakan segmen 1 jam yang membicarakan tentang arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Bersama Kieran yang akan menghangatkan dunia bola sepak dan ikuti perkembangan skor-skor terkini, pemain-pemain yang menjadi kegilaan ramai, rumor terkini dan sebagainya.


Ji-sung sarung jersi QPR

 

Pemain tengah Korea Selatan Park Ji-sung menyertai Queens Park Rangers dari Manchester United dengan kontrak selama dua tahun.

 

“Ini pembelian yang amat baik bagi QPR,” kata pengurus pasukan Mark Hughes, yang juga bekas pemain United kepada laman web kelab itu (www.qpr.co.uk), semalam. Kelab itu tidak mendedahkan bayaran mendapatkan pemain berusia 31 tahun itu yang menyatakan dia berhasrat membantu membawa kelab itu ke tahap baru. Bagaimanapun laporan media menyatakan ia membabitkan 5 juta pound. (RM24.7 juta) 

 

“Dia pemain utama Manchester United dan memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu sejak menyertainya dari PSV Eindhoven pada 2005. Dia sering dipilih untuk perlawanan besar kerana mereka boleh berharap kepadanya dan kita akan memperoleh semua kualiti itu,” kata Hughes.

 

Pengerusi QPR Tan Sri Dr Tony Fernandes pula berkata: “Saya sentiasa mengimpikan yang terbaik. Apa yang bermula sebagai idea kecil kini menjadi kenyataan.” Park adalah pemain United kedua menyertai QPR bulan ini selepas pertahanan Fabio Da Silva yang menyertai pasukan berkenaan secara pinjaman selama semusim. - Reuters

 

- Sumber dari Berita Harian 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?