Terhangat di Kaki Bola

Gila Bola merupakan segmen 1 jam yang membicarakan tentang arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Bersama Kieran yang akan menghangatkan dunia bola sepak dan ikuti perkembangan skor-skor terkini, pemain-pemain yang menjadi kegilaan ramai, rumor terkini dan sebagainya.


Neelofa di #kakibola

 

Kaki Bola TV9 siaran 13 Februari yang lalu buat pertama kalinya menampilkan artis wanita sebagai tetamu jemputan! Tidak lain dan tidak bukan, NEELOFA!!! Weehooo!! Oh, yer..dan juga Zain yang dulunya anggota Ruff Edge!


Seperti dijangka, topik mengenai kemenangan Man Utd ke atas Liverpool menjadi perbualan dan macam biasalah, banyak citer2 lucu yang disampaikan oleh kedua-dua pengacara, iaitu C-Lan Paul dan Kieran!

Untuk pertama kalinya, dalam siaran Kaki Bola, Mr. Kieran kita menyarungkan jersi Man Utd! Nampak katang body Mas Kieran kita..hahahahaa..


Team 'home' utk episod kali ini ialah Selangor United iaitu sebuah kelab penyokong Selangor yang diketuai oleh seorang pakcik yang sangat sempoi..banyak knowledge pasal bola sepak tempatan dan antarabangsa dan seorang yang tersipu-sipu malu apabila disakat oleh Neelofa..Hahaha!


Manakala team 'away' pula adalah penyokong-penyokong Newcastle United iaitu Toon Army Malaysia..dan macam biasa, kehadiran kedua-dua kumpulan ini menimbulkan suasana gamat di grandstand Kaki Bola yang dikendalikan oleh 'Si Lalang' iaitu E-One!


Neelofa ketika ditanya pasukan manakah yang disokongnya, pada awalnya berahsia..namun beliau mendedahkan bahawa player antarabangsa yang diminati adalah Wayne Rooney! Ketika diminta meneka nama pemain, Neelofa mampu menjawab dengan tepat Messi, tapi teragak-agak nak menjawab Rooney dan Safee Sali sebab katanya, dia rabun...tapi Beckham terus fail! Tak dapat jawab!


Kedua-dua selebriti ini gagal menyempurnakan game Kaki Emas...Si Zain ni out terus, tapi Lofa adalah sipi-sipi nak masuk...Hehehe..


Sebelum mereka beredar, Neelofa akhirnya kasitau jugak bahawa beliau adalah fan Man Utd!! Wohohoooo..

Korang boleh tengok video cam ner Neelofa tendang bola.. leh tengok kat tonton.com.my dan video #kakibola kat bawah ni. :)

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?