- muat turun
  - balai seni lukis
  - koleksi menarik
  - ceritera selebriti
  - hot tip
  - bisik buzz
  - info sms
   

 

 
 
 
 
Anda telah mendengarnya di radio.

Kini anda juga boleh mendapatkan Hot Tip di laman web.

Hot Tip... daripada Hot FM.... Edisi...
 
Hot Tip Dwi Guna

Edisi A, B, C...

Tembikai memang kaya dengan sumber air dan vitamin A, B dan C. Gunakan isi tembikai sebagai masker muka kerana ia mampu menghapuskan dan membersihkan wajah anda. Air yang dimiliki tembikai mampu mengembalikan kelembapan wajah secara semulajadi, dengan hanya mengurut wajah anda dengan menggunakan hampasnya. Tapi lepas tu, jangan lupa bilas… Takut nanti, semut pun suka…

 
Hot Tip Urus Masa
Edisi Relax Nampak...

Mengurus masa bukan sahaja memerlukan skill pengurusan, tapi jugak skill mengubah. Untuk mengurus masa dengan bijak, anda perlu mengubah sikap terlebih dahulu. Buang sikap berlengah-lengah atau bertangguh. Hentikan sikap sambil lewa yang ada dalam diri. Bagi permulaan, cuba elak daripada menjawab panggilan peribadi ketika anda bekerja. Kan dah boleh jimat masa berbual tu untuk menghabiskan kerja…
 
Hot Tip Peperiksaan

Edisi Persediaan Emosi...

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelakkan diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Contohnya, bergaduh dan menyimpan prasangka negative terhadap orang lain. Bersikap terlalu yakin juga boleh memudaratkan diri sendiri. Jalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa tertekan atau bersendirian. Emosi seperti takut dan menggelabah dapat diatasi dengan mengulangkaji bersama rakan-rakan. Dengan cara ni, anda dapat berkongsi emosi itu dengan mereka…

 
Hot Tip Jaga Makanan

Edisi Tak Habis Lah...

Masakan panas yang tidak habis perlu disejukkan dengan cepat. Jangan biarkan ia sejuk secara terdedah. Tukarkan bekas hidangan dan terus masukkan ke dalam peti sejuk. Untuk mempercepatkan proses penyejukan, masukkan makanan ke dalam bekas yang lebih kecil. Ingat, jangan simpan makanan lebih tu untuk jangkamasa yang lama dalam peti sejuk. Ia bukan saja dah tak sedap untuk dimakan, silap-silap dah basi pun…

 
Hot Tip Penjagaan Komputer

Edisi Komputer Sakit...

Komputer tidak terlepas daripada serangan virus. Haa… bukan manusia je yang boleh sakit, computer pun boleh jugak. Pastikan anda sentiasa mengemaskini definisi dan jenis-jenis terbaru virus di dalam perisian anti-virus computer anda. Dengan ini, computer akan sentiasa dapat mengesan virus baru yang cuba memasuki system computer.Sekiranya computer terkena virus, cepat-cepatlah cari penyelesaian yang sesuai. Kalau tak tahu nak buat sendiri, hantarkan ke kedai servis.

 
Hot Tip Kitar Semula

Edisi Kat Ofis Pun Boleh...

Kitar semula bukan sahaja boleh dilakukan di rumah. Di pejabat pun boleh jugak. Penggunaan kartrij atau toner untuk mesin pencetak atau mesin fotokopi dapat dijimatkan dengan mengisi semula kartrij yang telah habis. Selain itu, gunakan projector untuk membuat persembahan daripada menggunakan transparensi. Gunakan juga pen yang dapat diisi semula sekiranya dakwat dah habis… Akhir sekali, maksimumkan penghantaran notis atau memo melalui e-mail, dan bukannya kertas…

 
Hot Tip Gangsterisma

Edisi Ada Masa Ni...

Satu cara untuk mengelakkan diri remaja daripada terjebak dengan gejala social yang tidak sihat, ialah dengan menggunakan masa dengan berkesan. Amalkan cara hidup sihat. Gunakan masa terluang dengan aktiviti berfaedah. Anda juga boleh melibatkan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan. Banyak kelebihannya kepada diri anda sendiri. Pilih juga aktiviti yang memenuhi citarasa anda untuk mengelakkan rasa bosan…

 
Hot Tip Depresi

Edisi Sendiri Ke ???

Depresi atau kemurungan boleh berlaku jika anda terlalu bersendirian. Ini kerana anda tidak mempunyai teman untuk berkongsi pendapat. Tambahan lagi bila anda perlu membuat keputusan. Adakalanya keputusan yang besar perlu dilihat secara luas. Teman mampu memberi pendapat untuk anda membuat keputusan dengan lebih bijak. Jangan malu untuk berkongsi masalah… Ada waktunya berkongsi itu memberi kita banyak kelebihan…

 
Hot Tip Etika

Edisi Hai Nama Saya...

Semasa memperkenalkan diri kepada teman baru, sebutlah nama penuh dengan terang dan jelas. Ia untuk mengelakkan daripada tersalah dengar.  Maklumlah, sekarang ni ramai yang mempunyai nama yang unik…Kenalkan rakan kepada kawan lain juga dengan menyebut nama penuh mereka. Laik baik, kalau kita sebut sesuatu yang menarik tentang dirinya... Nanti, mudahlah mereka nak memulakan perbualan… Ada la modal…

 
Hot Tips Belajar Bahasa

Edisi Yang Mana Satu...

Belajar bahasa ada banyak cara. Cara yang agak menarik adalah dengan menggunakan muzik. Contoh, dengar lagu dan cari liriknya. Bila dah dapat lirik, cari pulak maksudnya. Cara ini bukan saja menarik, malah turut mengajar anda cara sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan. Kan senang tu, belajar sambil menyanyi!

 
Hot Tip Cantik Ke ???
Edisi Madu Lebah Lah...

Kalau anda nak kan bibir yang merah dan menawan, cuba petua ni. Madu lebah asli memang banyak kegunaannya. Sebelum masuk tidur, pastikan gigi dah di gosok. Lepas tu, sapukan keseluruhan bibir dengan madu asli. Esok bila dah bangun tidur, cuci je muka seperti biasa. Lepas seminggu je, dah nampak hasil. Tak caya? Cubalah!
 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 HOT FM || Terma & Syarat