Ke Laman Utama
Laman Utama
Hot Program
 
 
 
 
 
 
 
Legakan ketegangan sewaktu memandu di dalam kesesakan ataupun berhibur sewaktu makan pisang goreng anda ataupun apa-apa sahaja ativiti petang anda bersama AG & Leya di dalam Hot FM Jam setiap hari, Isnin hingga Jumaat, 4 pm hingga 8 pm.

Selain itu, Hot FM Jam akan memberitahu anda infomasi trafik terkini untuk anda yang memandu supaya mengetahui keadaan trafik. Hot FM Jam juga akan berbual-bual bersama pendengar tentang pelbagai topik merangkumi pelbagai perkara seperti isu semasa dan dunia hiburan serta pendengar boleh berkongsi pendapat tentang topik tersebut bersama-sama.
 

Hot FM Dulu Kini merupakan peraduan yang akan dijalankan sewaktu Hot FM Jam di mana dua lagu akan dimainkan, setiap lagu selama tiga saat.

Dua lagu tersebut mungkin lagu daripada artis yang berlainan dan berlainan era. Pendengar perlu mendengar isyarat memanggil dan pemanggil ketujuh(7) akan berpeluang menjawab dan jika jawapan yang diberikan betul, pemanggil bertuah tersebut akan memenangi RM100 dan juga dan Voucher Membeli-belah bernilai RM50 !!!

 

Dua pendengar yang terpilih akan menguji pengetahuan masing-masing dalam menjawab soalan-soalan yang akan diberikan oleh AG & Leya sewaktu Hot FM Hot Trivia.

Selepas soalan telah diberi, pendengar yang mengetahui jawapannya perlu menjerit perkataan “DIGI” dan menjawab soalan tersebut. Berpeluanglah memenangi wang tunai RM300 dan Voucher Membeli-belah bernilai RM50!!!

 
Berikan cadangan kepada AG & Leya tentang topik yang patut dicadangkan.