A - D

Alleycats

 

Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi.

 

 

Biografi

 

Kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.

 

Di Singapura, album pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam. Kedua-dua adik-beradik itu, David dan Loganathan Arumugam merupakan pengasas kumpulan Alleycats.

 

Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.

 

Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

 

 

Album

 

 

  • Terima Kasih (1979)
  • Penyanyi (1979)
  • Dapatkah (1980)
  • Alleycats 4 (1981)
  • Kuching (1981)
  • Alleycats 6 (1982)
  • Alleycats 7 (1983)
  • Drama Kehidupan (1984)
  • Kerana (1984)
  • Suara Kekasih (1985)
  • Sampaikan Salam (1986)
  • Alleycats 12 (1986)
  • Aku Kerinduan (1987)
  • Suatu Pengertian (1988)
  • Dilema Sekuntum Cinta (1989)
  • Tetap Merindu (1989)
  • C.I.N.T.A (1990)
  • Selagi Tangis Belum Berhenti (1991)
  • Untukmu (1992)
  • Alleycats 20 (1993)
  • Alleycats 21 (1996)
  • Alleycats 22 (1997)
  • Kucing Lorong (1998)
  • Alleycats 2001 (2001)
  • Interpretasi (2002)
  • Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia (2004)
  • Rasa (2006)
  • Ulangtahun ke 40 - Kompilasi (2008)

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?