A - D

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009.
Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010. Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.
Diskografi
Album Studio
- Ketika Aku Kecil (2010)
Single
2010
- Tolong Ingatkan Aku
- Kalau berpacara feat Suhaimi Meor Hassan dan Altimet
2011
- Sehabis Baik
Konsert
Pencapaian