A - D

Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah adalah seorang penyanyi wanita antara yang paling berpengaruh pada dekad 2000an di Malaysia. Memulakan karier pada usia 18 tahun, Dayang sudahpun mencapai status terbaik di dalam arena seni suara dengan menghasilkan 7 buah album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Nama beliau sebaris dengan penyanyi wanita seangkatan seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim & Jaclyn Victor.

 

 

 

 

 

Penampilan debut ke puncak populariti

Dengan kemenangan di Golden Teen Search nama beliau mula meniti di bibir peminat dan berjaya menambat hati maestro muzik terkenal Adnan Abu Hassan untuk menerbitkan album studio sulung beliau di bawah naungan Delima Records yang ketika itu dikoordinasikan oleh Adnan sendiri. Maka pada 7 Mei 1999 lahirlah album sulung Dayang yang berjudul Dayang Nurfaizah. Album ini berkonsepkan pop dengan majoriti lagu dicipta oleh Adnan. Adnan mengenalpasti kekuatan Dayang menerusi pop Melayu dan trademarknya dalam muzik rhythm & blues. Lagu Hakikat Cinta merupakan lagu pertama yang memperkenalkan Dayang kepada pendengar Melayu. Lagu ini berjaya memanjat anak tangga carta muzik biarpun wajah dan namanya masih tidak begitu dikenali dengan meluas. Single kedua yang rancak berjudul Rindu bagaimanapun tidak berjaya menyambung hayat populariti Dayang apabila lagu itu jarang diputar dan ditambah pula dengan masalah pengedaran album oleh Delima Records. Syarikat itu tidak berjaya mencetak dan mengedar album terbitannya hingga terpaksa ditutup biarpun baru setahun jagung. Ekoran daripada konflik ini kerjaya seni Dayang mula tidak menampakkan sinarnya.

 

 

 

Atas kepercayaan dan keyakinan Adnan bahawa Dayang mampu pergi dengan lebih jauh, beliau akhirnya ditampilkan dalam projek khas sebuah album berjudul Jelita Hebat yang diterbitkan pada September 1999. Menerusi album ini Dayang bekerjasama dengan penyanyi tersohor Ziana Zain untuk berduet dalam lagu ciptaan komposer lagu-lagu R&B iaitu Azalea yang berjudul Pusaka Rimba. Gandingan hebat di antara Dayang dan penyanyi hebat ini membuahkan hasil apabila lagu ini dicalonkan di dalam kategori Lagu Sepanjang Tahun di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2000. Lebih menarik lagu, nama Dayang disenaraikan sebagai finalis untuk kategori Artis Baru Terbaik. Ketika berlangsungnya malam penganugerahan, Dayang dipanggil untuk membuat persembahan solo menerusi sebuah lagi lagu ciptaan Azalea yang pernah dimuatkan dalam album sulungnya berjudul Kembalilah Sayang. Persembahan inilah yang menjadi titik mula kerjaya seni Dayang. Penyanyi wanita Indonesia Kris Dayanti mengakui terpaku menonton nyanyian live Dayang yang disifatkan sebagai menakjubkan dan penuh jiwa. Maka lagu tersebut mula berkumandang di radio-radio sebagai airplay release ekoran ketiadaan album sulung beliau di pasaran. Pada malam tersebut juga bermula polemik apabila Dayang tewas dalam kategori Artis Baru Terbaik di tangan penyanyi irama latin Shawn Baharin.

 

 

Kekalahan tersebut tidak menjadi kudis sebaliknya nama Dayang mula disebut-sebut hingga syarikat rakaman Broadway Entertainment dibawah kelolaaan penerbit Boon Tan menyunting Dayang daripada kontrak yang terbengkalai dengan Delima Records. Broadway bernaung edarannya di bawah EMI Music ketika itu namun menerbitkan 100% album solo kedua Dayang. Album keduanya yang pada awalnya dijudulkan sebagai Ikatan Kita sempena single pengenalan pada hujung tahun 2000 itu mula dipasarkan pada 8 Februari 2001 dengan judul rasmi Seandainya Masih Ada Cinta (SMAC). Nama Dayang mula meledak dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang menjuarai hampir kesemua carta muzik nasional dan regional. Tambah manis lagi fenomena lagu ciptaan Ajai & Syed EnV ini mula sampai ke Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Lagu ini akhirnya menjadi lagu signature beliau dan meraih banyak anugerah- anugerah hebat seperti di Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik dan memenangi anugerah Lagu Sepanjang Tahun di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2002 serta meraih kedudukan keempat dalam senarai 100 Terhangat di Era 2001.

 

 

Susulan daripada kejayaan SMAC, album tersebut berjaya terjual sebanyak 65,000 unit serta mengeluarkan keseluruhan 6 buah single dan paling diingati adalah lagu pop Bahagia juga ciptaan Ajai & Syed EnV yang mara ke peringkat akhir AJL ke 16 serta lagu R&B seperti Sekali Lagi dan Sedingin Mana Cintamu yang juga mendominasi carta-carta muzik. Dalam masa setahun Dayang meraih kedudukan selesa sebagai penyanyi wanita popular di Malaysia hinggakan pernah dikatakan hanya satu langkah di belakang Siti Nurhaliza apabila Siti sendiri mengakui Dayang adalah pesaing terdekatnya ketika itu. Persaingan antara Siti dan Dayang dapat dilihat dari pertandingan-pertandingan di majlis-majlis anugerah yang mana silih berganti diraih oleh kedua-dua penyanyi tersebut. Dayang tewas kepada Siti dalam merebut anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita (AIM) dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001.

 

 

Ekoran populariti yang begitu hebat ketika menjengah tahun 2002, Broadway mengambil keputusan untuk menerbitkan semula album sulung Dayang selepas syarikat itu mendapat kesuluruhan hakcipta penyiaran lagu-lagu dalam album tersebut. Maka lahirlah album bungkusan semula berjduul Disini Bermula pada 3 Februari 2002 dengan single Di Sini Bermula. Ternyata album itu berjaya terjual 10,000 unit dalam tempoh sebulan pertama. Dayang dan Boon Tan mula bersiap untuk menerbitkan album ketiga beliau dengan pengumpulan material namun album itu mengambil tempoh lama untuk diterbitkan memaksa Broadway mengeluarkan sebuah single promosi. Maka terlahirlah lagu rakaman semula Rindu Bayangan yang dinyanyikan secara duet bersama abang kandung Dayang sendiri iaitu Dino. Lagu ini telah popular dan sering diputarkan di radio-radio hingga dicalonkan di Anugerah Era 2002 untuk kategori Duo/Kumpulan Pilihan.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM


FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?