E - H

Erra Fazira

 

 

Fazira binti Wan Chek dilahirkan pada 9 Februari 1974 atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira adalah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Beliau menerima gelaran "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" ke atas dirinya sejak tahun 1994 hingga kin

 

Sejarah Awal

 

Dilahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St Johns Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra Fazira sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur.

 

Bergelar Ratu Cantik

 

Erra Fazira sememangnya mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia / World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Bostwana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian sebanyak 168 sentimeter.

 

Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di funfair sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records.

 

Ke Layar Perak

 

Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.

 

Menceburi Seni Suara

 

Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994.

 

Kisah Cinta dan Perkahwinan

 

Erra menjalin hubungan cinta bersama aktor dan penyanyi rock, Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998. Awie kemudiannya berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira pada Disember 1998.

 

Pada tahun 1998 juga, Fazira menubuhkan syarikat sendiri, Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd. Erra terus mengukuhkan kedudukan sebagai Aktres Filem Nombor 1 Negara menerusi filem-filem box office lakonannya. Pada tahun 2001, karyawan dan seniman veteran melahirkan rasa bimbang akan pengganti kepada Erra ekoran monopoli Erra sebagai heroin paling laris hingga mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru. Tidak sekadar itu, nama Erra juga popular di bidang muzik apabila lagu-lagu nyanyiannya mendaki anak tangga carta muzik.

 

Erra kemudian bertemu cinta dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry bin Abdul Halim setelah sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001.

 

Erra Fazira diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

 

Pada Jun 2007, Erra sekali lagi menjadi fokus episod kontroversi apabila beliau menjadi subjek cerita orang ramai apabila aktor Hans Isaac mengumumkan dia sudah tidak bercinta dengan Erra. Sebelum itu, baik Erra mahupun Hans; masing-masing menafikan mempunyai ikatan cinta. Kisah itu terus panas apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Erra dan Hans.

 

Perkahwinan di antara Erra dan Emran pada Oktober 2007 menamatkan spekulasi media. Bekas ratu cantik sebelum itu sah menjadi tunangan Engku Emran dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Damansara Kim pada 7 Sept 2007. Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, Erra Fazira akhirnya selamat diijab kabul dengan Emran di Restoran Puteri. Hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

 

Erra bergelar Ibu

 

Pada Mac 2009 Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya. Kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.

 

Keunggulan Sang Primadona

 

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, namun populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2009, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 76 juta.


Erra Fazira di Mentor

 

Selain bernyanyi dan berlakon serta bakat yang lain, Erra memberanikan diri menjadi salah seorang Mentor di dalam mentor 5. Ramai orang yang hadir ke audition mentor 5 itu dan akhirnya Salma berjaya mendapat Erra sebagai mentornya dan menjadi juara pada tahun ini.  Ini menunjukkan kelebihan Erra Fazira bukan sahaja berlakon, bernyanyi dan menerbit, Erra juga tunjukkan bahawa beliau mampu dan boleh memberi tunjuk ajar kepada Salma Juara Mentor 5 itu.

 

Erra Fazira bukan sahaja cantik dan berbudi tinggi tapi berkelebihan di dalam pelbagai bidang dan Erra memang layak memegang gelaran Primadona

 

 

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?