U - X

Uji Rashid

Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang terkenal.

 

 

Pembabitan Fuziah Harun Al Rashid dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 70-an. Ketika itu dia yang belajar di sekolah perempuan dan meminati aktiviti sukan ini didesak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk menyertai sebagai penari kebudayaan sekolah.

 

 

Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan menyertai pertandingan tarian dan pada masa sama mula berjinak-jinak dengan teater.

 

 

Boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan serba menjadi membuatkannya selepas itu mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan.

 

 

Biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan Datuk Ahmad Nawab dan berikutan galakan yang diterima daripada penggubah terbabit, Uji merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu berkenaan tidak diterbitkan.

 

 

Nasibnya berubah selepas itu sebaik saja bertemu Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya membintangi filem baru berjudul Permintaan Terakhir (1975) bersama Nozie Nani, Sani Abdullah dan Yusof Haslam (Datuk). Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.

 

 

Sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai. Sebut apa saja, fesyen pakaiannya hingga ikan kembung digelar Ikan Uji Rashid dek matanya yang besar.

 

 

Filem lakonannya yang cukup berkesan ialah Jiwa Remaja, Yasin, Langit Tidak Selalu Cerah dan Dendang Perantau. Uji juga merakamkan lebih puluhan piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk berduet dengan Hail Amir.

 

 

Semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah satu artis yang paling laris pada waktu itu.

 

 

Antara album yang dihasilkan ibu kepada dua cahaya mata itu ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati dan Bisikan Hati.

  • Kongsi

  • facebook
  • twitter

INSTAGR.AM HOT FM


TWITTER HOT FM

FACEBOOK HOT FM

LOG IN


Username



Password





Forgot password?