1. Anda diberikan peluang untuk menamakan diri sendiri.
Nama baru anda adalah…
Kalau benda lain ok, tapi bab nama ni, Leya tetap suka
dan bangga dengan nama sendiri…
SHARIFAH ALEYA BINTI SYED ZAINAL RASHID AL YAHYA
2. Katakan anda seorang pengarah filem.
Tajuk filem box office terbaru anda adalah...
“AMUKAN NURKUDA”
Hehehehe… Mengisahkan seorang penyampai Hot FM yang mendapat surat email di mana semua perkataa dan abjad-abjad tertulis berwarna merah dan di highlightkan… Diikuti dengan jeritan atau pandangan maut bos kita Nurkuda… (Bukan cerita atau nama sebenar) =)
3. Anda merupakan seorang komposer terkenal.
Berikan tajuk lagu berserta lirik daripada lagu hit terbaru anda...
(How Come You)
Semua penyampai Hot FM tak betul,
Tapi berlagak macam cool,
Orang tahu kita semua mentel!!!
…Hehehe inilah sebabnya saya BUKAN seorang composer atau penulis lirik!
4. Nada dering telefon yang anda gunakan ketika ini?
Lagu yang digubah suami Leya bertajuk Selamat Hari Jadi… lagu yang dia gubah untuk hari jadi Leya ke 23… SO SWEET!!!
5. Lagu yang menjadi pilihan anda ketika KARAOKE…
Salam Untuk Kekasih - Nadia
6. Takut hantu tak? Pernah ada pengalaman yang mengerikan?
Takut jugak ahh… sebab banyak dah jumpa.
Hari-hari kat opis, pandai kerja pulak tu…
7. Katakan anda boleh bertukar badan dengan penyampai Hot FM yang lain untuk sehari. Anda nak menjadi siapa?
Azura… Nak rasa macam mana berbadan kurus… hehehe!
8. Kenangan paling HANGAT sejak anda bertugas di Hot FM?
Setiap hari ada kenangan yang hangat tapi masa yang diluangkan bersama penyampai lain serta krew-krew Hot FM masa mana-mana event Hot FM yang paling menyeronokkanlah…
9. Berikan nama samaran “BARU” untuk mereka ?
Fara - Tett
Faizal - Hidung Parachute
Tini - Tinot
Azura - Gorgeous
Ag - AJIBON!!!
Anne - PK… Puteri Katik
Ikhwan - Ikhwantito
Fiq - Comel
Suraya - Susu
|