Mark Adam Buka Akademi | Hot FM
Home > Ceritera Artis > Mark Adam Buka Akademi

Mark Adam Buka Akademi

Tahniah kami ucapkan buat penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam yang telah selamat melancarkan akademi vokal & muzik, Suara Academy.

Suara Academy yang khusus fokus pada pembelajaran seni vokal, persembahan serta ciptaan muzik untuk menghasilkan ramai penyanyi berkualiti baik pada masa akan datang ini bertempat di Neo Damansara, Damansara Perdana. Majlis pelancaran diadakan pada 25 Januari 2017 yang dihadiri rakan-rakan media & artis.

7suaraacademy01

Yang menarik tentang academi vokal ini, ianya turut menampilkan barisan tenaga pengajar yang ternama di industri muzik tempatan. Selain Mark Adam yang turut mengajar, penyanyi ternama Adeep Nahar & Ewal juga turut menurunkan ilmu kepada pelajar-pelajar di Suara Academy.

Selain vokal, academi ini juga turut menawarkan pembelajaran seni persembahan, susunan dan komposisi muzik yang akan diajar sendiri oleh penyanyi & pencipta lagu terkenal Amir Jahari.

“Kita mempuyai barisan tenaga pengajar yang saya sendiri pilih & pernah bekerja sama. Kami juga menawar exam & sijil daripada akademi ini sendiri. “ kata penyanyi yang terkenal dengan lagu “Berat”, “Si Katak”, “Pencuri”, Mark Adam.

Kredit foto: Instagram – @SuaraAcademy

7suaraacademy02