- menang di web
  - menang di udara
  - menang ke?

 

 
 
NITRUS - 2
Artis: Nitrus
Album:
2
Label:
-
 

Hampir dua tahun menyepikan diri, Nitrus kembali dengan karya-karya terbaik mereka menerusi album 2 yang mula dipasarkan dan dilancarkan 8 April ini. Walaupun sibuk dengan pembikinan album kedua, Nitrus tidak meninggalkan peminat dengan tanda tanya sama ada mereka masih aktif atau tidak kerana lagu Hujung Dunia yang menghiasi latar filem Good Bye Boys dan turut mendaki carta lagu popular tempatan menjadi pengubat rindu.

Album 2 mengambil masa setahun pembikinannya bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan sehingga suntingan. Pastinya dalam usaha memastikan album kedua ini lebih mantap berbanding karya sebelumnya mereka turut berkolaborasi dengan pemuzik handalan dalam industri muzik tempatan.

Album 2 menampilkan 10 lagu seperti Sisa yang dijangka akan menjadi satu lagi lagu yang bakal menaikkan nama Nitrus terutama apabila mengadakan persembahan secara langsung. Masih mengekalkan konsep rock namun kali ini lagu-lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan Nitrus terutamanya Eddie dan Syed turut disulami irama lebih ringan dan komersil.

 

 
 
 

Minggu ini Hot FM memberikan anda peluang memenangi album terbaru daripada kumpulan yang hangat ini!

Album ini menampilkan lagu seperti Sisa dan banyak lagi.

Untuk memenangi album ini, jawab dua soalan berikut dan lengkapkan slogan di bawah.

 
 
 

Hak Cipta Terpelihara © 2008 HOT FM || Terma & Syarat