• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 

Mengenal hati budi seorang insan biasa bukanlah satu perkara mudah. Cuba bayangkan anda harus menyelami hati budi seorang penipu professional.Pernahkah seorang penipu jatuh cinta dan bolehkah kekasihnya sendiri percayakan janjinya? sejauh manakah penipuan ini berterusan.... Eva adalah seorang penipu professional.

Tuntutan insurans yang melibatkan Eva dalam 5 tahun ini berjumlah hampir melebihi 100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya tiada seorang agen penyiasat insurans pun mampu membuktikan Eva bersalah.

Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Nik iaitu seorang penyiasat insurans syarikat insurans ABG yang dihantar dari Europe. Dalam proses sisatan Nik itu, Eva telah jatuh cinta pada Nik tanpa mengetahui indentiti Nik yang sebenar.

Namun Nik tidak percaya akan keiklasan cinta Eva.Nik bergelut antara cinta dan tanggungjawab professionalnya iaitu membongkar penipuan Eva. Adakah cinta Eva pada Nik ikhlas ataupun ianya juga satu penipuan? Adakah Nik akan terus terperangkap dalam jerat cinta Eva ataupun Nik berjaya mendapatkan kekuatan untuk membongkar indentiti Eva? Apakah kesudahan mereka?


Pemain :
Bront Palarae, Chew Kin Wah, Danny, Daphne Iking, Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Untuk memenangi 4 pas bermusim untuk menonton filem BELUKAR, sila isikan borang di sebelah kanan ini.
 
Terima Kasih kepada METROWEALTH