• Hot FM Facebook Hot FM TwitterHot FM FriendsterHot FM Facebook
 

Mengisahkan empat pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur dengan satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan. Sebelum ini mereka banyak terlepas peluang pekerjaan disebabkan oleh sikap kurang ambil berat dalam segenap hal oleh adik-adiknya, dan membuatkan FAIRIL (Afdlin Shauki) yang merupakan ketua dan seorang yang bercita-cita tinggi menggalakkan mereka menyertai sebuah pertandingan iaitu ‘Window Washing Olympic’.

Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin bangunan pencakar langit KLCC, dan terceburlah adik beradik ini ke dalam dunia mencuci bangunan bangunan pencakar langit.

Adakah adik-beradik FAIRIL; C’TAN (Nabil) seorang yang cepat berputus asa dan yang takut kepada tempat tinggi, JOJO (Awie) yang berbadan besar dan cuba mengambil alih tempat arwah nenek mereka TOK BI, dan KHAI (Hans Isaac) seorang yang lurus bendul menjadi penghalang kepada kejayaan FAIRIL kelak?



 
Penganjur kepada pertandingan ini adalah CJ (VANIDA IMRAN) dan dibantu oleh JESSY (Jaclyn Victor) yang diminati oleh KHAI dan JOJO. Tanpa pengetahuan KHAI, WIRA (Harith Iskander) yang merupakan pemegang kontrak pembersihan yang lepas, juga menyimpan perasaan terhadap CJ. Dengan kepintaran dan semangatnya serta kekayaannya, WIRA percaya dia mampu memenangi hati CJ.

Kelakar, menyentuh hati, dan penuh dengan aksi-aksi komedi dengan kemunculan bintang terkenal seperti Rehman Rashid sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan juga bapa kepada CJ. CUCI merupakan sebuah teater yang penuh warna-warni, bekerja keras, dan penuh ceria serta cuba membawa mesej ‘Malaysia Boleh Lakukan Jika Mereka Mencuba’ dan ANGAN-ANGAN ADALAH LANGKAH PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.

Sebuah teater sulung terbitan Hans Isaac serta arahan Dato’ Zahim Al Bakri dan Harith Iskander.

Adakah CUCI-CUCI SERVICES akan memenangi pertandingan tersebut? Dan siapakah yang mampu menambat hati CJ? Segala persoalan akan terjawab dengan menonton teater CUCI.

 

Cuci The Musical 2 dihangatkan oleh radio rasmi Hot FM.