Mia Ahmad & Penjaga Gol JDT, Bakal Kahwin Tahun Depan? | Hot FM
Home > Ceritera Artis > Mia Ahmad & Penjaga Gol JDT, Bakal Kahwin Tahun Depan?

Mia Ahmad & Penjaga Gol JDT, Bakal Kahwin Tahun Depan?

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon drama popular Mia Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan, Izham Tarmizi Roslan.

Mia Ahmad, 28, yang popular menerusi drama bersiri “Hati Perempuan” itu bakal mendirikan rumah tangga bersama Izham Tarmizi, 25, yang juga merupakan Penjaga gol JDT.

Majlis akad nikah mereka itu dilaporkan akan berlangsung pada 13 Januari 2016 & majlis resepsi akan berlangsung pada keesokan harinya, 14 Januari 2016 bertempat di Taiping, Perak.

“Kita kenal setahun lebih macam tu, tapi rapat mcm kuräng dari lapan bulan mcm tu. Fans la yang kacau-kacau kita orang. Izham yang say “Hie” dulu di Twitter” ujar Mia yang menceritakan detik-detik pengenalan mereka menerusi laman media social, Twitter. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan buat pasangan ini. Tahniah Mia & Izham!

Kredit foto: Facebook - Media Hiburan

Kredit foto: Facebook – Media Hiburan

You may also like
Kecik Umum Tinggalkan Hyper Act
Aiman Tino Nak Jadi Pelakon?
2 Rakyat Malaysia ‘Tawan’ China!
Wings Bakal Gegar Sabah!