Remy Ishak Kaji Hidup Nelayan | Hot FM
Home > Ceritera Artis > Remy Ishak Kaji Hidup Nelayan

Remy Ishak Kaji Hidup Nelayan

Pelakon lelaki yang popular menerusi filem-filem antaranya “Nur Kasih The Movie”, “Cun”, “29 Februari”. Remy Ishak bakal memegang watak sebagai seorang nelayan salam karya terbaharu pengarah, Khabir Bhatia.

Filem yang diadaptasikan daripada kisah benar bakal memulakan penggambaran pada pertengahan bulan September 2016. Selain remy, filem tersebut akan turut menampilkan Puteri Aishah, Azrel Ismail, Datuk Jalaluddin Hassan serta ramai lagi.

05remy2.transformed

“Idea asal filem Pulang ini diberi Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar di mana ia diadaptasikan daripada kisah benar. “Saya diberi amanah untuk menjayakan watak nelayan yang mahu meningkatkan taraf hidup selepas mendirikan rumah tangga. “Sehubungan itu, saya banyak menjalankan kajian dengan bertanya kepada bapa saudara saya yang mencari rezeki sebagai nelayan,” katanya kepada BH Online.

You may also like
Kecik Umum Tinggalkan Hyper Act
2 Rakyat Malaysia ‘Tawan’ China!
Wings Bakal Gegar Sabah!
Waris Timang Anak Lelaki