Siapakah Jejaka Belanda Pilihan Hati Tunku Tun Aminah? | Hot FM
Home > Pena Hot > Siapakah Jejaka Belanda Pilihan Hati Tunku Tun Aminah?

Siapakah Jejaka Belanda Pilihan Hati Tunku Tun Aminah?

Selepas tersebarnya berita Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Ogos ini, netizen tidak tunggu lama untuk mencari foto jejaka bertuah itu.

Namun, siapakah jejaka yang menjadi pilihan Tunku Tun Aminah itu? Adakah ini orang yang dimaksudkannya?

 

Memetik laporan Berita Harian, Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka dari Belanda.

Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, telah menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Bagaimanapun, Dennis bukannya seorang yang asing buat Tunku Tun Aminah.

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Mulai tahun ini, Dennis Muhammad turut diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku.

Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Leave a Reply