|
|
|
 |
| Tazkirah Pilihan : |
| Tips Untuk Umur Panjang. |
|
|
Nak tahu tips untuk panjang umur? Mungkin ada yang kata nak panjang umur jaga pemakanan dan kesihatan, banyakkan senaman dan sebagainya. InsyaAllah itu semua boleh membantu. Tapi yang saya nak beritau ni agak lain sedikit.
Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah SAW: Tertera dalam kitab Taurat:
Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim.
Dalam hadis yang lain pula kealpaan mengambil berat terhadap silaturahim adalah seperti berikut:
HR Asbahani: Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya rahmat Allah swt tidak turun ke atas sesuatu kaum yang ada padanya orang yang memutuskan silaturahim.
Oleh itu, janganlah kita semua suka memutuskan silaturahim dan sentiasalah merapatkan hubungan anda dengan saudara mara, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya... Jangan lupa, ia dibuat biarlah berlandaskan keikhlasan....
Renung-renungkan dan selamat beramal.
|
| |
| Tazkirah Lalu : |
| Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan henti. |
|
|
Jika kita mudah mengalah yakni berhenti berusaha, maka sukar untuk kita mencapai kejayaan yang biasanya dikelilingi dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuh. Orang yang berjaya pula akan sentiasa ingin memperbaiki tahap pencapaian yang lebih baik pula.
Mereka akan berusaha untuk mencipta kejayaan yang lebih besar dalam hidup mereka. Oleh itu, jadilah orang yang suka bergerak, bukannya orang yang suka berhenti.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
|
| |
|
|
|
|
|